Pengumuman

Program Agihan Sumbangan Ayam kepada Asnaf

Salam Ramadhan,

Yayasan Amal Asas mengucapkan setinggi- tinggi terima kasih kepada warga ASAS yang telah bersedeqah ayam untuk diagihkan kepada asnaf menjelang Aidilfitri ini. Sebanyak 2400 ekor ayam dijangkakan akan diagihkan pada 22 Mei 2020 bersamaan dengan hari Jumaat pada lebih kurang pukul 10:30 pagi.

Disebabkan bilangan ayam yang banyak, pihak Yayasan Amal Asas bercadang untuk membahagikan agihan kepada 3 tempat berasingan seperti berikut:

  • Surau Blok A Lembah Subang
  • Surau Blok G Lembah Subang
  • Flat Section 7 Kota Damansara
  • Surau Impian Baiduri Petaling Jaya

Bagi melancarkan proses pengagihan ini, pihak Yayasan ingin memohon sumbangan masa & tenaga sukarelawan. Kepada mereka yang sudi menjadi sukarelawan bersama kami boleh hubungi 0166611478 (Zain Nassri).

Diharapkan dengan bantuan tuan-tuan sebagai sukarelawan dapat melancarkan lagi perjalanan program ini.


Matlamat Kami

Memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan dalam bidang pembelajaran kepada Sekolah Alam Shah, sumbangan dan tajaan pembelajaran kepada anak-anak pelajar dari golongan asnaf.

Memberi sumbangan kewangan dan bukan kewangan untk tujuan kebajikan, tanpa mengira jenis kebajikan, kepada golongan masyarakat yang memerlukan dan kumpulan asnaf.

Melaksanakan apa-apa aktiviti termasuk mengurus majlis yang berkaitan dengan objektif dan aktiviti-aktiviti tersebut.

Aktiviti Kami

BIDANG PEMBELAJARAN

Aktiviti amal YAA memberi tumpuan (fokus) dalam bidang pembelajaran untuk pelajar-pelajar Sekolah Sultan Alam Shah dan juga pelajar-pelajar dari sekolah lain dalam gulungan keluarga asnaf.

PROGRAM ASAS INSAN CEMERLANG

Program ASAS Insan Cemerlang (AIC) ini merupakan initiatif Yayasan Amal ASAS membalas budi baik masyarakat melalui penganjuran program intervensi perubahan pelajar.

BANTUAN KELUARGA ASNAF DALAM BANDAR

Yayasan Amal ASAS telah memilih untuk membantu masyarakat dan keluarga asnaf dalam bandar. Kemiskinan bandar merupakan satu masalah sosial yang perlu dibantu oleh Kerajaan dan juga NGO.

BANTUAN RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF

YAA telah memilih untuk membantu dan menyantuni anak-anak yatim dan asnaf yang menghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting, Selangor. Rumah Amal ini mempunyai kira kira 40 penghuni.

 

Aktiviti Terbaru Kami

Pengenalan Program AIC Kepada SMK Lembah Subang

Yayasan Amal Asas telah berjumpa dengan Pengetua dan pihak pentadbiran SMK Lembah Subang untuk memperkenalkan perihal Yayasan & Program Asas Insan Cemerlang kepada sekolah tersebut. Pengetua SMK Lembah Subang tertarik dgn pengenalan kami dan meminta untuk diperkenalkan program AIC kepada pelajar-pelajar SMK Lembah Subang. Program akan dimulakan selepas aidilfitri.

Agihan Sumbangan di Kota Damansara

Pada 7 Mei 2020, lebih kurang jam 10:30 pagi, 8 Sukarelawan Yayasan Amal Asas dengan kerjasama Pegawai Kebajikan Asnaf masjid Kota Damansara dan pasukan RELA telah membuat agihan sumbangan barangan asas dapur kepada 100 keluarga asnaf di Blok 2 Flat Gugusan Kemboja, Section 7, Kota Damansara.  

Sumbangan Juadah Berbuka Puasa

Yayasan Amal Asas telah menyalurkan sumbangan kewangan daripada ahli YAA kepada Surau Al-Firdaus Lembah Subang. Sumbangan ini adalah untuk mengupah masyarakat setempat, untuk memasak juadah berbuka puasa bagi diagihkan kepada 100 keluarga kariah surau. Agihan akan dibuat 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis.