Gotong Royong dan Penggagihan Sumbangan di PPR Lembah Subang

Tarikh: 30/03/19 (Sabtu) Masa: 9 pagi hingga 12 tengah hari Lokasi: Surau Al Hidayah Blok A, B & C – PPR Lembah Subang Penyumbang: Batch ASAS 6467 dan para dermawan.

YAA dengan kerjasama Surau Al-Hidayah dan para penduduk telah mengagihkan sumbangan barangan keperluan asas untuk Keluarga Istimewa (mempunyai ahli keluarga terlantar oleh sebab sakit kronik, OKU atau seumpamanya).

Sebanyak 18 pesakit daripada 17 keluarga yang telah dikenalpasti yang perlu mendapat bantuan sokongan perubatan.Barangan asas yang di beri ialah pampers, susu formula mengikut keperluan kesihatan dan barangan dapur.

Acara Yayasan Amal ASAS siang tadi telah dimulakan dengan acara bergotong royong bersama penduduk PPRT Lembah Subang.

Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang baharu, Dato’ Haji Ahmad Tajuddin bin Haji Abdul Rahman turut berbesar hati meluangkan masa dan berkongsi nasihat dengan para hadirin.

Paling istimewa, acara ini turut disertai oleh 6 pelajar antarabangsa dan tempatan dari Universiti Malaya, dan seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Sultan Alam Shah.

Semoga acara hari ini dapat membawa kebaikan berganda kepada semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s