Yayasan Amal ASAS (YAA) telah menyempurnakan amanah sedekah warga ASAS. Sebanyak 1026 ekor ayam pedaging telah diagihkan kepada 513 keluarga asnaf bandar di PPR Lembah Subang.
Syukur. Alhamdulillah.
YAA ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para dermawan budiman, para sukarelawan YAA, wakil penduduk, dan Saudara Romzul (pembekal ayam) kerana bergabung usaha dalam membuat kerja amal. Semoga Tuhan memberi rahmat, dan membuka pintu rezeki yang lebih luas kepada kita semua. Amin.