Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Asas Insan Cemerlang

Pada 29 Jun 2019 yang lepas, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Asas insan Cemerlang (AIC) telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh, Kuala Krai, Kelantan. Majlis ini dianjurkan oleh peserta-peserta (AIC)

AIC adalah program intervensi yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Asas untuk pelajar tingkatan empat golongan asnaf di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh. Program ini adalah sebuah medium pembangunan sahsiah dan jati diri pelajar iaitu satu usaha dan inisiatif ke arah melahirkan pemimpin yang perkasa dan yang generasi muda yang berkualiti untuk menjamin masa depan negara.

Majlis ini dihadiri Encik Ghazali Bin Bujang, Presiden Yayasan Amal Asas, ibu bapa peserta AIC, alumni program Titian Semara dan juga tenaga sokongan Program AIC. Majlis ini merupakan projek pertama yang dikendalikan sepenuhnya oleh peserta AIC dengan diketuai oleh saudara Aiman Fahmi sebagai pengurus projek sambal dibantu oleh Fasilitator-Fasilitator program. Peserta AIC telah dibahagikan kepada empat jawatankuasa, iaitu jawatankuasa protokol, jamuan, persembahan dan logistik.

Penganjuran majlis ini dapat melatih peserta AIC ke arah kemahiran memimpin dan kerjasama dalam kumpulan. Ia juga menggalakkan peningkatan kemahiran komunikasi efektif di antara ahli pasukan.

Encik Ghazali bin Bujang selaku presiden Yayasan Amal Asas turut memberi ucapan galakan dan motivasi kepada ibu bapa peserta AIC dan peserta AIC untuk terus berusaha ke arah pembangunan diri. Beliau turut menyampaikan duit raya kepada semua peserta AIC dan para alumni Titian Semara.

Majlis berjalan dengan lancar dan disambut dengan meriah sekali. InsyaAllah Pelbagai projek dan aktiviti AIC akan menyusul di kemudian hari bagi memastikan progres yang konsisten oleh peserta AIC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s