AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH, PENGURUSAN DAN AKTIVITIS

AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

YBHG DATO’ AHMAD TAJUDIN BIN HAJI ABDUL RAHMAN

DILANTIK PADA 17 MAC 2019

  • Mantan Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad
  • Mantan Pengerusi BIMB Holdings Berhad
  • Ahli Lembaga Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  • Mantan Pengerusi Pemegang Amanah SYarikat Takaful Malaysia Berhad
  • Mantan Timbalan pengerusi “General Council for Islamic Banks and Financial Institutions (CIBAFI)” yang dianggotai bank islam seluruh dunia
  • Mantan Ahli Lembaga “The Accounting and Auditing Organizations of Islamic Financial Institutions (AAOIFI)” yang menetapkan piawaian perakaunan dan pengauditan Islam
  • Mantan Pengerusi Association of Islamic Banking Institution Malaysia (AIBIM)


Y.A.D. DATO’ HAJI EMRAN BIN HAJI KADIR

DILANTIK PADA 17 MAC 2019

  • Ahli Dewan DiRaja Selangor
  • Merupakan Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling.
  • Kini berkhidmat sebagai Pengerusi SPA Negeri Selangor selain dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MAIS.
  • Berasal dari Jasin, Melaka  dan merupakan bekas pelajar Sekolah Alam Shah batch 68 dan kini Presiden Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS)
  • Berkhidmat sebagai pegawai PTD dan pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan seperti:
  • Mantan Ketua Pengarah JPJ
  • Mantan YDP Majlis Perbandaran Shah Alam
  • Mantan YDP Majlis Perbandaran Petaling Jaya
  • Mantan Pegawai Daerah Petaling
  • Mantan Timbalan Ketua Pengarah JAKIM

YBHG IR AZIZ BIN ISMAIL

DILANTIK PADA 17 MAC 2019

  • Merupakan President/CEO, Authentic Ventures Sdn Bhd selain menjadi
  • Penasihat New Entrepreneur Forum
  • Ahli Institut Jurutera Malaysia
  • Ahli Majlis-majlis Tindakan Ekonomi Melayu
  • Ahli panel pakar industry, Universiti Teknologi Petronas & Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  • Pernah menjadi pemenang Anugerah SME100, Fast Moving Companies
  • Pernah memegang pelbagai jawatan dalam beberapa organisasi seperti:
  • Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi untuk Digital Aura
  • Pengarah Urusan (Teknologi) Kumpulan Progressive Impact Corporation Sdn. Bhd dan Pengarah Urusan, PI-CSE Systems and Engineering Malaysia Sdn Bhd
  • Pengarah Eksekutif dan CEO, Foxboro (Malaysia) Sdn Bhd


YBHG DATO (DR) ZABIR BAJURI

BERSARA PADA 31 MAC 2019

  • Graduan Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi (B. Econs 1970),
  • Usahawan bidang pembangunan hartanah, pembinaan dan infrastruktur.
  • Memulakan kerjaya sebagai Penolong Ahli Ekonomi di Bank Negara Malaysia pada tahun 1970 dan seterusnya berkhidmat dengan Kumpulan Bank Bumiputra.
  • Pernah berkhidmat dengan syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor bermula sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.
  • Pada tahun 1998 – 2004, memegang jawatan sebagai Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad.
  • Kini, Dato Zabir meneraju syarikat milik persendirian Kumpulan DZB Resources Sdn Bhd.


YBHG DATO HALIPAH ESA

BERSARA PADA 31 MAC 2019

  • Graduan Ekonomi dari Universiti Malaya (B.A Hons & M.A Economics).
  • Memulakan kerjaya sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik dengan jawatan Penolong Setiausaha di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1973.
  • Khidmat beliau tertumpu dengan Unit Perancang Ekonomi, memegang beberapa jawatan dalam pelbagai bahagian.
  • Pernah menjawat jawatan tertinggi dalam Unit Perancang Ekonomi sebagai Ketua Pengarah. 
  • Setelah memberi khidmat cemerlang dengan Kerajaan Malaysia selama lebih 30 tahun, beliau dilantik sebagai Pengarah oleh beberapa Syarikat Milik Kerajaan saperti PETRONAS, FELDA, KLCC Holdings Bhd, CAGAMAS SME Bhd, SP Setia Bhd.
  • Kini, beliau masih lagi memberi khidmat negara dalam beberapa syarikat milik Kerajaan sebagai Pengarah Bebas

Dato (Dr) Zabir Bajuri  dan juga Dato Halipah Esa merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah untuk Yayasan Amal Asas sejak penubuhan  pada tahun 2010. Tokoh-tokoh ini telah bersara pada 31 Mac 2019. Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang baru serta semua ahli Yayasan Amal Asas menghargai kepimpinan mereka, dan mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha mereka meneraju Yayasan Amal Asas. Semoga semua usaha murni ini diredhai dan diberkati.