Pengenalan Program AIC Kepada SMK Lembah Subang

Yayasan Amal Asas telah berjumpa dengan Pengetua dan pihak pentadbiran SMK Lembah Subang untuk memperkenalkan perihal Yayasan & Program Asas Insan Cemerlang kepada sekolah tersebut. Pengetua SMK Lembah Subang tertarik dgn pengenalan kami dan meminta untuk diperkenalkan program AIC kepada pelajar-pelajar SMK Lembah Subang. Program akan dimulakan selepas aidilfitri.

Agihan Sumbangan di Kota Damansara

Pada 7 Mei 2020, lebih kurang jam 10:30 pagi, 8 Sukarelawan Yayasan Amal Asas dengan kerjasama Pegawai Kebajikan Asnaf masjid Kota Damansara dan pasukan RELA telah membuat agihan sumbangan barangan asas dapur kepada 100 keluarga asnaf di Blok 2 Flat Gugusan Kemboja, Section 7, Kota Damansara.  

Sumbangan Juadah Berbuka Puasa

Yayasan Amal Asas telah menyalurkan sumbangan kewangan daripada ahli YAA kepada Surau Al-Firdaus Lembah Subang. Sumbangan ini adalah untuk mengupah masyarakat setempat, untuk memasak juadah berbuka puasa bagi diagihkan kepada 100 keluarga kariah surau. Agihan akan dibuat 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis.

Agihan Sumbangan di PPR Impian Baiduri

Pada 3 Mei 2020, lebih kurang jam 12 tengahari, 5 Sukarelawan Yayasan Amal ASAS telah membuat agihan sumbangan barangan asas dapur kepada 40 keluarga asnaf di PPR Impian Baiduri Sumbangan diserahkan kepada wakil penduduk dan sumbangan disusun mengikut set. Setelah selesai susun, sukarelawan YAA beredar sebelum penerima sampai, bagi mengelakkan kesesakan.

Agihan Sumbangan Di PPR Kota Damansara

Pada 1 Mei 2020, lebih kurang jam 10:30 pagi, 4 Sukarelawan Yayasan Amal ASAS dengan kerjasama Pegawai Kebajikan Asnaf masjid Kota Damansara dan pasukan RELA telah membuat agihan sumbangan barangan asas dapur kepada 40 keluarga asnaf di PPR Kota Damansara. Sumbangan di taja oleh batch ASASĀ  6770 dan Puteri ASAS Sukarelawan ASAS dan pasukak RELA…

Program motivasi modul AIC

Program motivasi bagi siri tahun 2020 modul ASAS Insan Cemerlang kini diteruskan. Terima kasih kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Subang kerana berkolaborasi bersama kami. Terima kasih kepada para penyumbang derma dan tajaan. Besar maknanya bagi anak-anak rentan ini. Semoga menjadi manfaat dan kebaikan. – – Yayasan Amal ASAS sentiasa mengalu-alukan mana-mana individu atau organisasi untuk…

Tajaan Keperluan Persekolahan

Acara tajaan keperluan persekolahan anjuran Yayasan Amal ASAS dan Kelab Generasi Warisan Prihatin. Dengan kerjasama Pasaraya Mydin, Ekuinas dan tajaan perseorangan. Seramai 65 pelajar menerima tajaan persekolahan dan makan tengah hari. Menyampaikan ucap terima kasih daripada pihak para penerima, termasuk mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan kemurahan rezeki para penderma budiman. Alhamdulillah.

Penyerahan Biasiswa Projek Khas Sekolah Sultan Alam Shah

Penyerahan biasiswa kecil kepada 27 penerima pelajar Projek Khas Sekolah Sultan Alam Shah. Diselitkan juga aktiviti perkongsian dan motivasi ringkas. Terima kasih kepada barisan pendidik dan pengurusan Sekolah Sultan Alam Shah atas kerjasama erat yang diberikan. Terima kasih kepada para penderma dan pezakat. Amanah tersebut telah selamat ditunaikan. Terima kasih kepada para sukarelawan yang tanpa…