Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Asas Insan Cemerlang

Pada 29 Jun 2019 yang lepas, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Asas insan Cemerlang (AIC) telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh, Kuala Krai, Kelantan. Majlis ini dianjurkan oleh peserta-peserta (AIC) AIC adalah program intervensi yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Asas untuk pelajar tingkatan empat golongan asnaf di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh. Program ini adalah…

Agihan Ayam Sedekah Sempena 10 Hari Terakhir Ramadhan

Yayasan Amal ASAS (YAA) telah menyempurnakan amanah sedekah warga ASAS. Sebanyak 1026 ekor ayam pedaging telah diagihkan kepada 513 keluarga asnaf bandar di PPR Lembah Subang. Syukur. Alhamdulillah. YAA ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para dermawan budiman, para sukarelawan YAA, wakil penduduk, dan Saudara Romzul (pembekal ayam) kerana bergabung usaha dalam membuat kerja amal….

Majlis Iftar dan Agihan Bantuan di Surau PPRT Lembah Subang

Alhamdullilah pada hari isnin 20 mei yang lepas majlis iftar bersama penduduk PPR Lembah Subang telah selamat dilaksanakan. Selain dari membantu & menyantuni penduduk, YAA juga mengeratkan jalinan bersama NGO lain (Yayasan Generasi Gemilang, NGO lovejoy & Yayasan Sang Kancil). Bantuan barangan keperluan makanan dan bantuan barangan keperluan perubatan seperti lampin dewasa & susu khas…

Lawatan SK Lembah Subang ke Sekolah Alam Shah

Yayasan Amal ASAS menganjurkan lawatan ke Sekolah Alam Shah Putrajaya kepada 35 orang pelajar dan 4 guru pengiring dari SK Lembah Subang Petaling Jaya. Pelajar-pelajar yang menyertai rombongan adalah pelajar-pelajar yang terpilih dan berpotensi di sekolah SK Lembah Subang. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kehidupan di sekolah berasrama penuh dan…

Gotong Royong dan Penggagihan Sumbangan di PPR Lembah Subang

Tarikh: 30/03/19 (Sabtu) Masa: 9 pagi hingga 12 tengah hari Lokasi: Surau Al Hidayah Blok A, B & C – PPR Lembah Subang Penyumbang: Batch ASAS 6467 dan para dermawan. YAA dengan kerjasama Surau Al-Hidayah dan para penduduk telah mengagihkan sumbangan barangan keperluan asas untuk Keluarga Istimewa (mempunyai ahli keluarga terlantar oleh sebab sakit kronik,…

Penyerahan Geran Bantuan Pelajar Projek Khas

Penyerahan geran bantuan memasuki universiti sebanyak RM2000 setiap orang untuk pelajar projek khas lepasan SPM SAS oleh Yayasan Amal ASAS. Salah seorang pelajar projek khas telah mendapat keputusan cemerlang 10A  

Program Perkasa STEM

Yayasan Amal ASAS bersama Fakulti Pendidikan UM telah mengadakan Program Perkasa STEM untuk anak-anak PPRT Lembah Subang pada 3 Mac 2019. STEM, singkatan untuk Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik. Program ini bertujuan untuk menimbulkan minat anak-anak ini dalam bidang-bidang ini melalui aktiviti ‘hands-on’ yang menarik dan menyeronokkan.