Bidang Pembelajaran

BIDANG PEMBELAJARAN

Aktiviti amal YAA memberi tumpuan (fokus) dalam bidang pembelajaran untuk pelajar-pelajar Sekolah Sultan Alam Shah dan juga pelajar-pelajar dari sekolah lain dalam gulungan keluarga asnaf.

1. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Kerja amal yang telah dilaksanakan dan dalam perancangan untuk pelajar-pelajar Sekolah Sultan Alam Shah adalah seperti berikut;

  • a) Biasiswa Kecil Pelajar Projek Khas
    Pelajar Projek Khas terdiri dari pelajar dari keluarga asnaf yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan untuk belajar di Sekolah Berasrama Penuh, termasuk Sekolah Sultan Alam Shah.Pelajar Projek Khas sabelum ini menerima biasiswa kecil bernilai RM 50/bulan dari Kerajaan.Walau bagaimana pun biasiswa kecil tersebut telah di berhentikan bermula awal tahun 2018.
    YAA telah bersetuju untuk meneruskan skim biasiswa tersebut untuk pelajar-pelajar Sekolah Sultan Alam Shah bermula dari bulan September 2018 sehingga mereka tamat persekolahandi Sekolah Sultan Alam Shah. Nilai biasiswa adalah RM 50/bulan untuk setiap pelajar. Bilangan pelajar Projek Khas ialah 35 orang.
  • b) Bantuan Kewangan kepada Pelajar Projek Khas Pasca SPM
    Pada kebiasaannya pencapaian pelajar-pelajar termasuk pelajar Projek Khas Sekolah SultanAlam Shah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah cemerlang. Mereka kebiasaannya mendapat gred yang cemerlang dan selalunya melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di Institut Pengajian Tinggi dalam negeri dan dari luar negara. YAA bercadang untuk memberi bantuan kewangan sebanyak RM 2000/pelajar Projek Khas bermula dari tahun 2019. Bantuan kewangan ini di beri bertujuan untuk membeli peralatan dan keperluan untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi. 
  • c) Kolaborasi dan Peranan Fasilitator
    YAA telah memainkan peranan sebagai fasilitator untuk mewujudkan kolaborasi antara Sekolah Sultan Alam Shah dengan Institut Pengajian Tinggi dalam bidang akademik dan juga sukan. Kolaborasi yang telah dilaksanakan melalui YAA ialah;
    i) Bengkel ‘Meet the Scientists’ oleh Pensyarah-Pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (Jabatan Mikrobiologi) pada 27 Ogos 2018. Seterusnya Pensyarah berkenaan telah menjadi mentor kepada pelajar pelajar dalam perojek inovasi sains.
    ii) Cadangan kolaborasi dengan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya – Wakil YAA telah mengadakan perbincangan dengan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya untuk mewujudkan kolaborasi dengan Sekolah Sultan Alam Shah.
    iii) Cadangan kolaborasi dengan Jabatan Sukan Universiti Putra Malaysia – Wakil YAA telah mengadakan perbincangan dengan Wakil Jabatan Sukan UPM untuk memberi latihan tambahan kepada pasukan ragbi Sekolah Sultan Alam Shah

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh, Kuala Kerai, Kelantan


SMK Laloh terletak dalam sebuah kampung pedalaman di daerah Kuala Kerai, Kelantan. Yayasan Amal Asas telah mengambil alih peranan kerja amal yang dilaksanakan sejak tahun 2015 oleh sekumpulan warga ASAS dari batch 6770. Kerja amal yang telah dilaksanakan untuk pelajar-pelajar SMK Laloh ialah;

  • i) Sumbangan 3 set komputer untuk kegunaan pelajar pelajar asrama SMK Laloh,
  • ii) Sesi ceramah motivasi berkala untuk pelajar asrama SMK Laloh.

3. Pendedahan Anak-Anak PPRT Lembah Subang kepada STEM

Yayasan Amal ASAS bersama Fakulti Pendidikan UM telah mengadakan Program Perkasa STEM untuk anak-anak PPRT Lembah Subang pada 3 Mac 2019. STEM, singkatan untuk Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik. Program ini bertujuan untuk menimbulkan minat anak-anak ini dalam bidang-bidang ini melalui aktiviti ‘hands-on’ yang menarik dan menyeronokkan.

4. Bantuan Keperluan Peralatan dan Pakaian Sekolah ‘Back to School’
Yayasan Amal ASAS telah membuat tajaan kepada 45 pelajar dari keluarga asnaf dari komuniti PPR Lembah Subang dan PPR Pantai Ria, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Pemilihan pelajar berdasarkankeputusan cemerlang yang dicapai dalam peperiksaan UPSR dan juga peperiksaan akhir tahun sekolah. Setiap pelajar diberi peruntukkan berjumlah RM 250 untuk membeli barangan keperluan persekolahan.